Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pengganas yang berkait rapat dengan kumpulan Taliban melancarkan serangan ke atas para penziarah beraliran Syiah Ismailiyah sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 43 orang termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh.
Berasaskan laporan ini, sekumpulan lelaki bersenjata yang menaiki empat motorsikal telah melepaskan tembakan rambang ke arah sebuah bas yang sarat dengan penumpang berhampiran pos kawalan pasukan keselamatan. Hampir 20 orang dilaporkan cedera dalam kejadian ini.
Sumber hospital melaporkan beberapa orang mangsa mengalami kecederaan yang amat parah.
Bas ini dikatakan membawa sekurang-kurangnya 60 orang penumpang manakala 16 orang mangsa serangan terdiri dari kanak-kanak dan wanita.
Berasaskan video dan gambar yang disebarkan, angka korban kejadian terlalu tinggi sedangkan kesan tembakan tidak banyak kelihatan dari luar. Kemungkinan pengganas telah memasuki bas tersebut dan melepaskan tembakan dari arah dalam.
Polis Karachi mengumumkan serangan ini berbaur fanatik agama. Media tempatan Pakistan menuduh pengganas Taliban bertanggung jawab dalam serangan.
Gelombang serangan pengganas di Pakistan telah menjadikan golongan ilmuwan, agamawan dan pemimpin puak sebagai sasaran bunuh di seluruh pelusuk negara tersebut.















...............